Topic followed successfully
Go to BHkuPM Wong ucap tahniah kepada PM Nepal atas kemenangan dalam pilihan raya
PM Wong ucap tahniah kepada PM Nepal atas kemenangan dalam pilihan raya
PM Wong ucap tahniah kepada PM Nepal atas kemenangan dalam pilihan raya
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 27 Mac menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Nepal, Encik Balendra Shah, yang baharu mengangkat sumpah pada hari sama.
Encik Shah menerjaui negara itu selepas Parti Rastriya Swantantra (RSP) yang ditubuhkan pada 2022, meraih kemenangan besar dengan memenangi 182 daripada 275 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat dalam pilihan raya 5 Mac
Pilihan raya ini adalah yang pertama sejak protes antirasuah berdarah pada 2025 yang menjatuhkan pemerintah sebelumnya.
Dalam suratnya, Encik Wong meluahkan ucapan tahniah setinggi-tingginya kepada Encik Shah atas pelantikannya sebagai perdana menteri Republik Demokratik Persekutuan Nepal, serta kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat Mac lalu.
Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menyatakan:
“Mandat kukuh yang anda dan parti anda perolehi daripada rakyat Nepal mencerminkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan anda.
“Singapura dan Nepal menikmati hubungan yang akrab dan mesra, diperkukuh oleh ikatan erat antara rakyat kedua-dua negara, serta kerjasama yang erat dalam persidangan pelbagai hala.”
Beliau turut menzahirkan harapan untuk bekerjasama dengan Encik Shah bagi mempererat lagi hubungan dua hala, sambil mendoakan kesihatan yang baik dan kejayaan dalam menggalas peranan baharu itu.

