Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong bentang Belanjawan 2026 pada 12 Feb

Dec 29, 2025 | 10:15 AM
lawrence wong, belanjawan 2026, budget 2026
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 12 Februari, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dijangka mengulas kebimbangan seperti keselamatan pekerjaan dan kos sara hidup. - Foto fail

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 12 Februari.

Ucapan Encik Wong akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio, dan pautan siaran web langsung akan disediakan di laman web Belanjawan Singapura.

Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 29 Disember.

Pengumuman utama daripada kenyataan Belanjawan itu akan dimuat naik ke wadah media sosial MOF.

Kenyataan penuh Belanjawan juga akan tersedia di laman web Belanjawan Singapura selepas pembentangan selesai, ujar MOF.

Pembaca juga boleh mendapatkan laporan lanjut dan susulan di laman web Berita Harian (BH).

Encik Wong dijangka mengulas kebimbangan seperti keselamatan pekerjaan dan kos sara hidup, lapor The Straits Times (ST).

Perbelanjaan pemerintah akan meningkat sebagai peratusan daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura bagi memenuhi keperluan yang kian meningkat.

Namun, pemerintah akan mengekalkan Belanjawan seimbang “dalam jangka masa sederhana”, kata Encik Wong pada 19 September.

Perbincangan awam oleh MOF dan pelbagai agensi, termasuk unit maklum balas pemerintah, Reach, serta Persatuan Rakyat (PA), sedang dijalankan dan akan berakhir pada 12 Januari.

Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka mengenai Belanjawan melalui saluran maklum balas berikut:

– Laman web Belanjawan Singapura: www.singaporebudget.gov.sg

– Laman mikro Belanjawan Reach 2026: https://go.gov.sg/budget-2026

– Halaman Facebook Reach Singapore: www.facebook.com/REACHSingapore

– Halaman Instagram Reach Singapore: www.instagram.com/reachsg

– Laman web PA Share Your Views: https://go.gov.sg/pasyvb2026

Mereka yang berminat untuk berkongsi pandangan secara langsung boleh berbuat demikian pada sesi penglibatan awam pada 21 Januari di Geneo, berhampiran stesen MRT Kent Ridge, antara 11.30 pagi dengan 2.30 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg