SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pertandingan reka bentuk masjid baru di Tengah bakal diadakan

Pertandingan reka bentuk masjid baru di Tengah bakal diadakan

Apr 10, 2026 | 8:30 PM

Pertandingan reka bentuk masjid baru di Tengah bakal diadakan

Singapura, Tengah, masjid, pertandingan reka bentuk
Sebahagian anggota jemaah Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang selepas menjalankan solat Jumaat pada 28 November 2025. Masjid itu akan ditutup apabila masjid baru di Tengah siap pada awal 2030-an. - Foto fail

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan jawatankuasa masjid akan memulakan usaha melibatkan masyarakat dalam membina masjid baru di Tengah dalam beberapa bulan akan datang.

Ia termasuk mengadakan pertandingan untuk mengilhamkan reka bentuk masjid tersebut.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengumumkan demikian semasa berucap di Perjumpaan Hari Raya Menteri yang diadakan di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay, pada 10 April.

Pembinaan masjid di bandar baru Tengah diumumkan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Mac 2025.

Sebuah tapak di Forest Drive di Tengah telah dikenal pasti sebagai lokasi masjid baru itu dan ia dijangka siap pada awal 2030-an.

Apabila siap, masjid di Tengah itu akan dinamakan Masjid Al-Firdaus, manakala masjid dengan nama yang sama di Choa Chu Kang akan ditutup.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg