SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Perpustakaan Bukit Batok dibuka semula

Perpustakaan Bukit Batok dibuka semula

Ruang menenangkan untuk baca buku, berehat
Mar 27, 2026 | 4:20 PM

Perpustakaan Bukit Batok dibuka semula

perpustakaan Bukit Batok, NLB, perpustakaan awam
Pavilion Bunyi atau ‘Sound Pavilion’, membolehkan pengunjung berehat dan membaca di kawasan tempat duduk di Perpustakaan Bukit Batok yang baru diubah suai. - Foto ST

Melangkah ke tingkat pertama Perpustakaan Bukit Batok yang baharu, pengunjung disambut dengan latar bunyi yang menenangkan – gabungan deruan daun, kicauan burung dan hiruk-pikuk jiran tetangga dari jauh.

Bunyi latar itu mengiringi pengunjung saat mereka melalui ruang tersebut dan menaiki tangga bergerak.

Karya berjudul Embrace itu merupakan yang pertama daripada tiga bunyi latar yang direka khas oleh artis bunyi Singapura, Mervin Wong.

Ia menandakan kali pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) menggabungkan bunyi sebagai sebahagian daripada pengalaman pengunjung di perpustakaan awam.

Perpustakaan Bukit Batok, yang terletak di dalam pusat beli-belah West Mall, telah ditutup sejak Disember 2023 dan dibuka semula kepada pengunjung pada 27 Mac selepas melalui kerja pengubahsuaian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg