Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku popular boleh dipinjam lebih pantas di Perpustakaan Punggol, Negara

Jan 7, 2026 | 6:30 PM
Koleksi Fastback sedang diuji di Perpustakaan Punggol dan Perpustakaan Negara dari 7 Januari hingga 30 Jun 2026.
Koleksi Fastback sedang diuji di Perpustakaan Punggol dan Perpustakaan Negara dari 7 Januari hingga 30 Jun 2026. - Foto ST

Ulat buku kini boleh meminjam judul buku popular dengan lebih pantas di Perpustakaan Punggol dan Perpustakaan Negara mulai 7 Januari.

Lebih 900 judul buku popular tersedia dalam Koleksi ‘Fastback’ – koleksi buku paling popular Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) – untuk dipinjam di kedua-dua perpustakaan dari 7 Januari hingga 30 Jun.

Menurut The Straits Times (ST), perkhidmatan percubaan ini bertujuan menggalakkan pengedaran judul buku popular dengan lebih pantas dan membolehkan masa menunggu lebih singkat, kata NLB.

Buku dalam koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh tujuh hari tanpa lanjutan tempoh pinjaman.

Buku-buku ini tidak boleh ditempah dan hanya boleh dipinjam daripada dua perpustakaan yang mengambil bahagian dalam tempoh percubaan itu, tambah NLB.

Koleksi percubaan ini terdiri daripada judul buku orang dewasa berbahasa Inggeris – cereka dan bukan cereka.

Buku-buku dalam koleksi ini mempunyai rak tersendiri, berasingan daripada buku lain dan boleh dikenal pasti dengan pelekat pada bahagian depan kulit buku berkenaan.

NLB menambah judul-judul dalam koleksi ini mendapat permintaan tinggi dan sering kali disertai dengan senarai panjang individu yang ingin meminjamnya.

Antara lebih 900 judul dalam koleksi ini termasuk: All The Light We Cannot See oleh Anthony Doerr, yang telah dipadankan menjadi siri terhad empat bahagian Neflix; memoir terlaris penulis Korea Selatan, Baek Se-hee, I Want To Die But I Want To Eat Tteokbokki; dan Ikigai: The Japanese Secret To A Long And Happy Life, sebuah buku bantu diri tentang umur panjang oleh Francesc Miralles dan Hector Garcia.

Buku-buku ‘Fastback’ tidak disenaraikan dalam katalog dalam talian NLB.

Pembaca yang tidak dapat memulangkan buku-buku tersebut sebelum tarikh akhir akan dikenakan denda 15 sen bagi setiap buku sehari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg