Topic followed successfully
Go to BHkuPerjumpaan Hari Raya eratkan ikatan
Perjumpaan Hari Raya eratkan ikatan
Apr 11, 2026 | 2:00 PM
Perjumpaan Hari Raya eratkan ikatan
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tiga dari kanan, barisan belakang), bersama Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada 10 April. Bersama beliau ialah (barisan depan, dari kiri) AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar ; AP GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim; Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam; AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin; serta (barisan belakang, dari kiri) AP GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha; AP GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; dan AP GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak. - Foto BH oleh KHALID BABA
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah mengadakan majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026 yang berlangsung di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay pada 10 April.
Ia merupakan kali pertama Dr Faishal menjadi tuan rumah bagi majlis tahunan itu sejak beliau dilantik Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Majlis itu turut diserikan kehadiran sekitar 500 tetamu termasuk pemimpin masyarakat, asatizah, rakan kerja masyarakat, orang kenamaan dari luar negara dan pemimpin berbilang agama.
Berikut kami sajikan warna-warni majlis tahunan itu.
Anggota Parlimen (AP), mantan AP serta Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan mantan NMP mesra menjamu selera bersama di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026. (Dari depan kiri, ikut putaran jam) Dr Ahmad Magad; Encik Zainudin Nordin; Encik Azhar Othman; Encik Faisal Manap; Encik Abdul Samad Abdul Wahab; Encik Rohan Kamis; Cik Hazlina Abdul Halim; Encik Zainul Abidin Rasheed; dan Encik Ahmad Khalis Abdul Ghani. - Foto BH oleh KHALID BABA
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, dua dari kanan) dan Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim (belakang, tengah), bergambar bersama beberapa tetamu yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026. - Foto BH oleh KHALID BABA
Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Fadli Fawzi (GRC Aljunied) (kiri) dan Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (GRC Sengkang) (kanan), bersama mantan AP GRC Aljunied, Encik Faisal Manap antara tetamu yang hadir di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026. - Foto BH oleh KHALID BABA
Kumpulan dikir barat wanita, Seri Thera daripada Politeknik Singapura (SP) menyajikan persembahan dikir barat semasa majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026. Kumpulan tersebut merupakan Juara Keseluruhan Piala Suara Serumpun (PSS) 2025. - Foto BH oleh KHALID BABA
Hadirin di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri 2026 seronok dihiburkan pengacara majlis, Djohan Abdul Rahman dan Shenty Feliziana. - Foto BH oleh KHALID BABA
Majlis perjumpaan Hari Raya diserikan dengan lagu-lagu Hari Raya oleh Orkestra Melayu Singapura. - Foto BH oleh KHALID BABA
Laporan berkaitan
Skim TTFS dipertingkat, bantu lebih ramai pelajar Melayu lanjutkan pengajian tinggiApr 10, 2026 | 8:30 PM
Faishal: Semangat gotong-royong kekuatan masyarakat Melayu/IslamApr 10, 2026 | 8:52 PM

