Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengalaman lebih sedekad pertajam kepakaran dalam dunia ibadah korban
Pengalaman lebih sedekad pertajam kepakaran dalam dunia ibadah korban
Pengalaman lebih sedekad pertajam kepakaran dalam dunia ibadah korban
Apabila Encik Zaky Shaik Alwie mula terlibat dalam bidang ibadah korban pada usia 20 tahun, cabaran terbesarnya bukanlah dari segi operasi, malah dari segi kepercayaan.
Pengasas dan Pengarah Urusan Zaky Alwie Travel & Services Pte Ltd itu berkata:
“Dalam industri ini, kebiasaannya ia dikendalikan oleh golongan berpengalaman, orang lama, atau asatizah. Sebagai anak muda tanpa pengalaman yang luas pada ketika itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap langkah.”
Kini, pada usia 31 tahun, dengan lebih 11 tahun pengalaman dalam industri ini, beliau telah berdepan dengan pelbagai realiti di lapangan yang buka mata.
“Di Indonesia, terdapat risiko penipuan berkaitan haiwan ternakan, terutama apabila lawatan dibuat hanya pada waktu yang telah diatur. Ini mendorong saya turun sendiri ke ladang tanpa janji temu, untuk melihat keadaan sebenar dan memastikan kesahihan operasi,” ujar Encik Zaky.
Di Uganda pula, Encik Zaky dapati terdapat kes haiwan yang sama boleh “diulang jual” dengan nama sohibul (pelaku korban) yang berbeza.
Pengalaman ini membawa beliau ke sana untuk memahami bagaimana perkara ini boleh berlaku, agar beliau dapat memastikan sistem yang lebih telus dan teratur.
Di Makkah pula, terdapat juga janji-janji yang tidak selari dengan keadaan sebenar.
Katanya: “Ada yang menjanjikan rakaman video atau gambar semasa penyembelihan.
“Namun secara logiknya, pada Hari Raya Haji, jumlah penyembelihan sangat besar dan kawalan ke atas kawasan ladang amat ketat. Maka persoalannya, bilakah sebenarnya rakaman itu diambil?”
Semua pengalaman ini membentuk cara Encik Zaky membuat keputusan, khususnya dalam memilih rakan kerjasama yang benar-benar boleh dipercayai.
“Bagi saya, korban bukan sekadar satu perniagaan atau cara untuk menampung kos operasi tahunan. Ia satu ibadah yang perlu dijaga dengan penuh amanah,” ujarnya yang memiliki kandangnya sendiri di Banyuwangi, Indonesia.
“Dengan adanya kandang haiwan sendiri, kos dapat dikurangkan dan lebih ramai masyarakat boleh memanfaatkannya. Ia diusahakan bersama rakan di Indonesia serta memastikan ibadah dilaksanakan dengan sempurna,” tambahnya.
Melalui program Qurban Nusantara Global 2026 oleh Zaky Alwie Travel, anda boleh menunaikan ibadah korban di Indonesia, Uganda, Makkah, Thailand, India, Palestin, Kemboja, Rohingya dan Yaman.
Harga korban kambing bermula dari $99, manakala korban lembu ditawarkan daripada $80 satu bahagian.
Bagi keterangan lanjut, sila lungsuri https://zakyalwie.sg/services/qurban-2026.
