SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dalami teknologi AI di pameran Pusat Sains S’pura

Dalami teknologi AI di pameran Pusat Sains S’pura

May 30, 2023 | 5:30 AM

Dalami teknologi AI di pameran Pusat Sains S’pura

TINJAU TEKNOLOGI: Cik Josephine Teo mengunjungi pameran Smart Nation PlayScape di Pusat Sains Singapura pada Isnin.
TINJAU TEKNOLOGI: Cik Josephine Teo mengunjungi pameran Smart Nation PlayScape di Pusat Sains Singapura pada Isnin. - Foto ST

ANDA kini boleh mendalami dan belajar mengenai Kecerdasan Buatan (AI) dan mendalami teknologi algorithma yang membantu mesin mempelajari data atau ‘machine learning’ dalam ruang tidak rasmi.

Selain itu, anda juga boleh melawat tempat eksotik seperti Greenland untuk menyaksikan Ribut Aurora atau ke Filipina untuk menyaksikan terumbu karang menerusi kaedah realiti maya (VR) dan tanpa menaiki pesawat ke tempat itu.

Anda boleh melakukan semua ini dan banyak lagi di pameran Smart Nation PlayScape yang baru dibuka di Pusat Sains Singapura.

Dihasilkan bersama oleh Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG), pameran itu menerapkan idea, maklum balas dan sumbangan daripada lebih 200 pihak berkepentingan, termasuk pihak awam, pelajar dan syarikat swasta.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg