SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SBS Transit melancarkan inisiatif hijau

SBS Transit melancarkan inisiatif hijau

May 24, 2023 | 4:46 PM

SBS Transit melancarkan inisiatif hijau

KECERDASAN BUATAN: Ciptaan berbentuk anjing bernama “kAI” yang digunakan di stesen MRT.
KECERDASAN BUATAN: Ciptaan berbentuk anjing bernama “kAI” yang digunakan di stesen MRT. - Foto ST

WALAUPUN “kAI” berbentuk dan berfungsi seperti anjing, jangan tertipu.

Sebenarnya, ia suatu kecerdasan buatan (AI) ciptaan SBS Transit dan Alscom yang dapat melakukan kerja yang melebihi kemampuan manusia.

Melalui kanta kamera yang dilengkapkan padanya, robot ini berupaya memerhati dunia sekelilingnya, dan yang paling istimewa, ia boleh mengesan anomali di rangka bawah kereta api – contohnya komponen skru atau panel yang hilang – melebihi kecekapan pengendali manusianya.

“kAI” merupakan salah satu daripada tiga inisiatif hijau yang dibangunkan hasil kerjasama SBS Transit dan Alscom.

Selain kAI, dalam usaha menyelimuti mobiliti hijau, perisian AI dicipta untuk mengatur kekerapan kereta api.

Ciptaan ketiga merupakan sebuah unit kejuruteraan yang boleh menyesuaikan dan mencetak bahagian komponen yang tiada dalam stok.

Ini menghapuskan masa diperlukan untuk import komponen tersebut daripada luar negara. Ia juga memastikan yang pelepasan karbon dan kos pengeluaran dikurangkan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg