SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nikmati anggerik dan seni bina sejarah Kemboja

Nikmati anggerik dan seni bina sejarah Kemboja

Jun 3, 2024 | 5:30 AM

Nikmati anggerik dan seni bina sejarah Kemboja

Anggerik yang tumbuh secara melimpah dan terjuntai, menyerupai ‘air terjun bunga’ merupakan antara 50 jenis anggerik asal Kemboja yang diketengahkan dalam pameran terkini di Cloud Forest, Gardens by the Bay, dan dinamakan Orchids of Angkor Wat.

Pameran tersebut merupakan hasil kerjasama Gardens by the Bay dengan Kedutaan Diraja Kemboja di Singapura.

Pameran tersebut cuba menghidupkan semula suasana semasa Empayar Khmer purba, tatkala anggerik merupakan lambang penting bukan sahaja di Kemboja malah di serata dunia.

Anggerik juga dihormati sebagai simbol bangsawan dan ciri-ciri kepercayaan agama dan telah didokumentasikan dalam ukiran di seluruh bandar purba Angkor.

Pameran tersebut berlangsung hingga 8 September 2024, dari 9 pagi hingga 9 malam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg