SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

MOM siasat kejadian gondola dengan 4 pekerja berlanggar dengan muka bangunan Republic Plaza di tingkat 58

MOM siasat kejadian gondola dengan 4 pekerja berlanggar dengan muka bangunan Republic Plaza di tingkat 58

Jan 15, 2019 | 4:32 PM

MOM siasat kejadian gondola dengan 4 pekerja berlanggar dengan muka bangunan Republic Plaza di tingkat 58

Watch on YouTube

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menggantung semua kerja pembersihan bagi muka bangunan Republic Plaza di Raffles Place selepas sebuah gondola yang dinaiki empat pekerja dilihat mengayun dengan bahaya minggu lalu.

Menerusi satu kenyataan hari ini (15 Januari), MOM berkata mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.

Menurut laman web Stomp, saksi kejadian itu berkata terdapat empat lelaki yang sedang berdiri dalam gondola di tingkat 58 bangunan tersebut apabila gondola itu melanggar tingkap kaca bangunan berkenaan beberapa kali.

Rakaman video menunjukkan lelaki itu memegang gondola tersebut sedang mereka cuba menstabilkan diri.

Republic Plaza mempunyai ketinggian 280 meter dengan 66 tingkat dan merupakan antara bangunan tertinggi di Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg