Topik diikuti
Pergi ke BHkuMOM beri amaran tentang laman web permohonan pas kerja palsu

MOM beri amaran tentang laman web permohonan pas kerja palsu
KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) semalam mengeluarkan amaran tentang satu lagi laman web palsu yang menyamar sebagai kementerian itu dan memperdaya pengguna supaya memberikan maklumat peribadi mereka.
Dalam kiriman Facebook semalam, MOM mengenal pasti laman web palsu (http://eponlinemom-sg.com).
