Topic followed successfully
Go to BHku‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina
‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina
‘Mesra Bergongxi’ edar limau kepada 7,000 penduduk sempena Tahun Baru Cina
Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) bersama lebih 200 sukarelawan Melayu/Islam menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina menerusi inisiatif tahunan #MESRABergongxi dengan pengagihan buah limau kepada lebih 7,000 penduduk pelbagai kaum.
Pada 21 Februari, sebanyak 888 set limau telah diagihkan di stesen MRT Eunos, yang turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, bersama seorang lagi AP kawasan undi itu, Cik Diana Pang.
Menurut kenyataan Mesra, inisiatif silang budaya melibatkan 50 kumpulan MAEC yang diadakan dari 12 hingga 27 Februari itu memaparkan semangat keharmonian kaum di Singapura.
Pemberian limau itu merupakan lambang kemakmuran dan kesejahteraan sempena Tahun Baru bagi masyarakat Cina.

