Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lompat keluar dari bas di ECP: Lelaki Russia dijel 7 bulan

Apr 1, 2024 | 5:48 PM
Eldaniz Ibishov, lelaki Russia yang melompat keluar dari kenderaan yang bergerak di East Coast Parkway (ECP) pada November 2023, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan.
Eldaniz Ibishov, lelaki Russia yang melompat keluar dari kenderaan yang bergerak di East Coast Parkway (ECP) pada November 2023, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan. - Foto oleh LYNN LONG-YAM

Seorang lelaki Russia yang melompat keluar dari sebuah kenderaan bergerak di East Coast Parkway (ECP) pada November 2023 mengalami skizofrenia dan menyangka dia diculik.

Perbuatan Eldaniz Ibishov menyebabkan satu kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal, yang bertembung dengan sebuah lori yang terpaksa menekan brek untuk mengelak melanggar Ibishov.

Pada 1 April, Ibishov, 38 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan satu tuduhan berada di ekspreswe.

Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan, lapor The Straits Times.

Ibishov tiba di Lapangan Terbang Changi dari Azerbaijan pada 8 November 2023. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan tujuan lawatannya.

Dia kemudian menaiki sebuah bas mini dari lapangan terbang untuk pergi ke hotelnya di Jalan Sultan, yang diatur ejen pelancongan.

Tatkala berada dalam kenderaan itu, Ibishov menyangka dia diekori dan berasa aneh kerana dia satu-satunya penumpang di dalam bas tersebut.

Khayalan Ibishov, yang tidak faham bahasa Inggeris, bertambah buruk apabila pemandu bas itu menjawab dua panggilan telefon.

Memikirkan dia sedang diculik, Ibishov membuka tali pinggang keledarnya dan terus melompat keluar dari kenderaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Joseph Gwee berkata akibat tindakan Ibishov, pemandu lori di belakang terpaksa menekan brek dan membelok ke lorong ketiga untuk mengelak melanggarnya.

Pemandu lori itu terpaksa membrek lagi apabila Ibishov berjalan dari lorong kedua ke lorong ketiga.

Ini mengakibatkan seorang penunggang motosikal penghantaran bebas, Encik Muhammad Nurhilmi Atan, 27 tahun, melanggar bahagian belakang lori itu.

Encik Muhammad Nurhilmi, yang mengalami pelbagai kecederaan, tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng. Beliau meninggal dunia pada hari yang sama.

Ibishov kemudian mengambil barang-barangnya dari bas mini tersebut dan berjalan selama 30 minit hingga sejam di bahu ekspreswe itu, sebelum menahan teksi untuk ke hotelnya.

Dalam rayuannya, peguam Ibishov, Encik Barry Douglas Delaney, berkata anak guamnya telah menawarkan pampasan kepada keluarga mangsa.

Beliau menambah bahawa keadaan skizofrenia Ibishov menjadi semasa berada di Singapura.

Pesalah yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kecederaan parah ke atas orang lain dengan melakukan perbuatan terburu-buru boleh dijatuhi hukuman penjara hingga empat tahun dan denda hingga $10,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg