SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Penunggang motosikal terkorban setelah terbabas di ECP

Penunggang motosikal terkorban setelah terbabas di ECP

Sep 18, 2023 | 5:49 PM

Penunggang motosikal terkorban setelah terbabas di ECP

NAHAS BAWA MAUT: Khemah biru - digunakan untuk menutup mayat - ditubuhkan polis di tanda chevron di lebuh raya.
NAHAS BAWA MAUT: Khemah biru - digunakan untuk menutup mayat - ditubuhkan polis di tanda chevron di lebuh raya. - Foto FACEBOOK SG Road Vigilante - SGRV

Seorang lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di East Coast Parkway (ECP) pada Sabtu tengah hari.

Lelaki tersebut sedang menunggang ke arah Lapangan Terbang Changi apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dengan sendiri, menurut polis dalam jawapan kepada pertanyaan Berita Harian (BH).

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 2.10 petang, dan lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakaman video dan gambar yang tular menunjukkan khemah biru polis – digunakan untuk menutup mayat – dipasang di tanda chevron di lebuh raya.

Menurut video TikTok k_3_c_y_k, dua laluan paling kanan di lebuh raya itu juga dikepung.

Polis berkata seorang pemandu kereta lelaki berusia 65 tahun sedang membantu dalam siasatan.

Siasatan sedang dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg