Topic followed successfully
Go to BHkuKenaikan kos bahan api: Tada, Gojek naikkan surcaj buat sementara
Kenaikan kos bahan api: Tada, Gojek naikkan surcaj buat sementara
Kenaikan kos bahan api: Tada, Gojek naikkan surcaj buat sementara
Tambang perjalanan Tada dan Gojek akan meningkat tidak lama lagi selepas kedua-dua pengendali perkhidmatan tempah kenderaan secara dalam talian atau e-hailing berkenaan mengumumkan kenaikan caj tambahan bagi menampung perbelanjaan bahan api pemandu mereka.
Langkah ini menyusuli tindakan serupa oleh Grab pada 31 Mac, apabila platform tersebut mengumumkan kenaikan caj tambahan semasa daripada 50 sen kepada 90 sen mulai 7 April.
Kenaikan kos bahan api tersebut berlaku berikutan konflik berterusan di Timur Tengah.
Harga bahan api di seluruh dunia melonjak berikutan gangguan di Selat Hormuz, yang mengendalikan sekitar satu perlima daripada bekalan minyak dan gas dunia.
Dalam e-mel yang dihantar kepada pengguna pada 3 April, kedua-dua Tada dan Gojek mengumumkan kenaikan tambang sementara daripada 50 sen kepada sekurang-kurangnya 90 sen bagi semua perjalanan.
Kedua-dua syarikat tersebut turut menjelaskan bahawa keseluruhan yuran tersebut akan disalurkan kepada pemandu bagi membantu mereka menangani kos bahan api yang semakin meningkat.
Yuran baru ini akan mula dilaksanakan dari 10 April hingga 31 Mei.
Namun, yuran Tada akan menyaksikan kenaikan lanjut kepada $1.20 bagi perjalanan yang berharga $18.10 dan ke atas.
Tada turut berkata pihaknya telah memberi bayaran sokongan sekali sahaja sebanyak $40 pada 20 Mac kepada pemandu terpilih.
“Di Tada, kami kekal komited untuk menyokong rakan pemandu kami supaya mereka dapat terus menyediakan perjalanan yang dipercayai untuk anda; di samping terus menjaga kepentingan penumpang kami,” kata platform tersebut.
Gojek berkata kenaikan tersebut tidak akan dikenakan bagi perkhidmatan GoTaxi, sambil menambah bahawa pihaknya akan “memantau rapi situasi semasa sambil melakukan yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan kekal dipercayai dan mampu milik untuk anda”.
Pihak Gojek turut menawarkan kod promosi ‘WEGOTU’ kepada penumpang untuk potongan $1 bagi lima perjalanan akan datang mereka.
Pengendali teksi juga telah menaikkan tambang mereka baru-baru ini, dengan GrabCab, Strides Premier dan Prime Taxi meningkatkan tambang bermeter masing-masing dari 30 Mac hingga 31 Mei.
Di Singapura, kos bahan api telah mengatasi paras tertinggi yang pernah dicatatkan semasa perang Ukraine tercetus pada 2022, dengan harga semasa bagi petrol RON95 kini berharga antara $3.40 dengan $3.42 di kebanyakan stesen minyak setempat.

