SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jurutera cekal hati tinggalkan keluarga sertai misi bawa pulang warga S’pura

Jurutera cekal hati tinggalkan keluarga sertai misi bawa pulang warga S’pura

Mar 28, 2026 | 6:00 PM

Jurutera cekal hati tinggalkan keluarga sertai misi bawa pulang warga S’pura

RSAF, ST Engineering, MRTT A330
Encik Muhammad Effendy Abdul Rashid merupakan Jurutera Perkhidmatan (Penyenggaraan) daripada Perkhidmatan Penerbangan Pertahanan ST Engineering yang dikerah menyiapkan pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk membawa pulang warga Singapura dari Timur Tengah. - Foto MINDEF

Berbekal pengalaman yang diperolehi semasa menyertai beberapa misi kemanusiaan sebelum ini, Jurutera Perkhidmatan (Penyenggaraan), Encik Muhammad Effendy Abdul Rashid, berkata beliau kekal tenang dan fokus ketika dikerah menyertai pasukan yang membuat persiapan untuk membawa warga Singapura pulang dari Timur Tengah pada 10 Mac dan 13 Mac.

Walaupun sedang berpuasa, Encik Effendy, 45 tahun, berkata pengalaman menyertai misi kemanusiaan bersama Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sebelum ini telah membantunya kekal cekap semasa menyenggara pesawat.

Kata beliau: “Walaupun misi itu berlangsung pada Ramadan dan waktu kita berpuasa, tugas dan tanggungjawab itu tetap menjadi keutamaan saya untuk sempurnakan dengan sebaik mungkin.

“Oleh itu, saya tetap berikan tumpuan sewajarnya untuk memastikan pesawat dalam keadaan baik demi membawa kembali para penumpang ke pangkuan keluarga mereka.”

Sebagai sebahagian kakitangan Perkhidmatan Penerbangan Pertahanan ST Engineering, beliau bertanggungjawab memastikan struktur dan enjin pesawat berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk beroperasi.

“Apabila saya dikerah untuk misi ini pada Jumaat (6 Mac), kami perlu buat persediaan dalam masa yang singkat, termasuk memeriksa pesawat secara menyeluruh.

“Justeru, kami bekerjasama dengan RSAF bagi memastikan pemeriksaan ini berjalan teratur dan pesawat bersedia untuk beroperasi bagi penerbangan membawa warga Singapura pulang dari Riyadh dan Jeddah,” kata beliau, yang telah bekerja di ST Engineering selama 18 tahun.

Menyingkap reaksi anggota keluarganya apabila beliau dikehendaki untuk mengikut penerbangan tersebut, bapa dua anak itu berkongsi:

“Pada awalnya mereka risau akan keselamatan saya dengan keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah.

“Namun, selepas menjelaskan secara terperinci tentang perancangan yang telah diaturkan dan berkongsi beberapa pengalaman lalu saya bersama RSAF, ia sedikit sebanyak memberi mereka keyakinan akan keselamatan dan kelancaran misi itu.”

Mengimbas kembali akan peranannya sewaktu misi itu dijalankan, beliau berkata:

“Sejujurnya, saya rasa berbangga dapat menyumbang kepakaran saya dalam mempersediakan pesawat demi membawa warga Singapura pulang dengan selamat.”

“Walaupun misi itu berlangsung pada Ramadan dan waktu kita berpuasa, tugas dan tanggungjawab itu tetap menjadi keutamaan saya untuk sempurnakan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, saya tetap berikan tumpuan sewajarnya untuk memastikan pesawat dalam keadaan baik demi membawa kembali para penumpang ke pangkuan keluarga mereka.”
Encik Muhammad Effendy Abdul Rashid, Jurutera Perkhidmatan (Penyenggaraan) daripada Perkhidmatan Penerbangan Pertahanan ST Engineering.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg