The Meat Brothers’ Pte Ltd beriltizam menyalurkan sebahagian keuntungan daripada program korban mereka ke dalam pelbagai inisiatif bantuan masyarakat yang dirancang bagi suku ketiga 2026.

Usaha ini menyasarkan memberi manfaat kepada sekitar 10,000 individu kurang bernasib baik, melalui program kebajikan seperti sambutan Maulidur Rasul dan pengagihan beriani amal.

Ia mencerminkan tekad syarikat itu memperkukuh nilai kemasyarakatan dan memastikan manfaat korban dirasai lebih meluas oleh golongan memerlukan.

Salah seorang pengasas The Meat Brothers’, Ustaz Muhammad Imran Ab Azis Khan, berkata: “Apabila sahibul korban (orang melakukan ibadah korban) mendaftar untuk korban, mereka bukan melakukan ibadah saja, malah menjadi sebahagian daripada kitaran pemberian berterusan.”

Pada 2026, syarikat ini menawarkan khidmat korban secara langsung di beberapa masjid Singapura, seperti Masjid Pusara Aman, Masjid Al-Firdaus dan Masjid Petempatan Melayu Sembawang serta Al-Wehdah (Persatuan Arab) di Geylang.

Selepas solat Hari Raya Aidiladha, The Meat Brothers’ akan memastikan sukarelawan dan petugas sudah bersiap sedia, dengan penyembelihan pertama dijadualkan pada 9 pagi.

Setiap sahibul korban akan dibimbing seorang petugas yang akan mengiringinya dari proses penyembelihan hingga mengagih daging kepada penerima.

“Tenaga pada hari korban dijangka dirasai secara menyeluruh – bukan oleh sahibul korban sahaja, bahkan sukarelawan, masjid, dan masyarakat lebih luas. The Meat Brothers berharap dapat membina pengalaman ini menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan masyarakat setiap tahun,” ujar seorang lagi pengasas The Meat Brothers’, Encik Selamat Osman.

The Meat Brothers’ juga mengendalikan korban di Australia, dengan daging korban dibungkus rapi secara vakum dalam pek satu kilogram dan diterbangkan ke Singapura bagi memastikan kesegaran serta memudahkan pengagihan kepada penerima.

Pengambilan daging korban dalam pek satu kilogram dari Australia ini akan diadakan di Blok 538, Bedok North Street 3.

Harga korban kambing di Singapura ialah $655, manakala di Australia, harganya ialah kambing $340; anak kambing $360; dan lembu $2,300.

IBADAH KORBAN BERSAMA THE MEAT BROTHERS’

Untuk pertanyaan, sila WhatsApp ke talian 8010-4116 atau e-mel kepada themeatbrotherspteltd@gmail.com.

Bagi pendaftaran, lungsuri laman: https://bh.sg/GL3i atau https://bh.sg/Akk4.

Pembayaran secara tunai atau menggunakan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) juga diterima.