SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ad-Diyar Consultancy perkukuh misi kemanusiaan di Gaza, perluas projek korban ke Yaman, Sudan

Ad-Diyar Consultancy perkukuh misi kemanusiaan di Gaza, perluas projek korban ke Yaman, Sudan

Agihan korban disasar buat 10,000 keluarga miskin, dengan saluran bantuan makanan dan bekalan air bersih ke zon konflik
Apr 17, 2026 | 5:30 AM

Ad-Diyar Consultancy perkukuh misi kemanusiaan di Gaza, perluas projek korban ke Yaman, Sudan

Setelah lebih dua tahun memulakan usaha penyaluran bantuan kemanusiaan di Gaza, syarikat Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd, terus menunjukkan komitmen yang semakin kukuh dalam memperluas operasi bantuan serta perkhidmatan utamanya.

Usaha berterusan itu mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap keperluan masyarakat yang terjejas, khususnya dalam aspek kemanusiaan yang mencabar dan memerlukan sokongan berpanjangan.

Diiktiraf sebagai antara perintis dalam daya usaha program pemberian makanan di Gaza, Ad-Diyar, kini memberi tumpuan lebih teratur kepada penyaluran bantuan secara tekal, lebih tertumpu serta lebih memberi kesan.

Pendekatan yang lebih tersusun itu bertujuan memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada golongan sasaran, khususnya keluarga paling terkesan, pesakit di hospital serta masyarakat yang berdepan kekurangan keperluan asas.

Usaha murni itu turut diperkukuh dengan sokongan 24 sukarelawan aktif di Singapura yang sentiasa komited menggerakkan pelbagai daya usaha kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah seorang daripada mereka ialah Cik Aini Razak, yang telah menawarkan khidmat sukarela bersama Ad-Diyar sejak 2024.

“Operasi Gaza memberi tumpuan kepada penyediaan bekalan air bersih serta pengagihan makanan harian kepada mereka yang amat memerlukan.

“Di Hospital Al-Nasser, Gaza, bantuan disalurkan kepada pesakit, penjaga dan petugas kesihatan, khususnya bagi kes kritikal yang mempunyai akses terhad kepada sumber makanan.

“Selain menyediakan makanan panas, bekalan makanan asas turut diagihkan bagi memastikan keperluan harian mereka terus terpelihara.

“Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat dengan rakan kongsi yang dipercayai di lapangan,” jelas Cik Aini.

Firma Ad-Diyar Consultancy merupakan syarikat dengan perniagaan utamanya termasuk membantu syarikat mendapatkan lesen berhubung makanan serta pematuhan dalam penubuhan perniagaan dan kelulusan kawal selia.

Ad-Diyar Consultancy turut terlibat secara aktif dalam projek amal pada peringkat antarabangsa dan bekerjasama dengan Jabatan Wakaf Palestin, pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Pada peringkat tempatan pula, syarikat ini bekerjasama dengan Heartbeat of Tampines, rangkaian khidmat dan program kemasyarakatan Montfort Care dan Persatuan Rakyat (PA).

Antara daya usaha yang diusahakan untuk masyarakat tempatan ialah mengadakan acara memasak bersama Cef Siti Mastura Alwi, serta pengagihan barangan runcit yang berterusan kepada golongan memerlukan di Singapura.

Ibadah korban pada 2026

Sempena 2026 ini, Ad-Diyar Consultancy, akan melaksanakan projek korban di Yaman dan Sudan.

“Kami akan pastikan daging korban sampai kepada masyarakat yang disahkan memerlukan bantuan.

“Jumlah korban tahun lalu (2025) melebihi 2,200 kambing dan kami jangkakan jumlah sama tahun ini (2026),” jelas Cik Aini.

Bagi keperluan masyarakat di Wadi’ah, Yaman, syarikat ini menyasarkan golongan yang terjejas oleh krisis berterusan.

“Di kawasan ini, lebih 10,000 keluarga tinggal di kem-kem di bawah kemiskinan tegar, malah kekurangan keperluan asas.

“Pusat perlindungan pula terletak berhampiran kawasan pembuangan sampah, mendedahkan keluarga kepada risiko kesihatan harian dan penyakit,” tambah Cik Aini sambil menjelaskan keprihatinannya tentang masyarakat yang hidup dalam keadaan sangat mencabar.

Foto/video akan dihantar selepas setiap ibadah korban dilakukan serta pengagihan daging korban yang tersusun dan disahkan.

SEKILAS:

Jika anda berminat melaksanakan ibadah korban atau menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza, anda boleh menghubungi Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd di talian 8079-6450, atau melalui e-mel di info@addiyar.sg atau mohamad@addiyar.sg.

Anda juga dialu-alu melayari laman web, www.addiyar.sg bagi maklumat lanjut, atau membuat janji temu untuk berkunjung ke pejabatnya di 390 Victoria Street, #03-04, Golden Landmark, Singapura 188061.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg