SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dua eksekutif didakwa tipu geran Iras, SBF lebih $98,000

Dua eksekutif didakwa tipu geran Iras, SBF lebih $98,000

Mar 25, 2026 | 6:10 PM

Dua eksekutif didakwa tipu geran Iras, SBF lebih $98,000

dari mahkamah, eksekutif, tipu, geran Iras, SBF
Pada masa kesalahan yang didakwa berlaku, Ronald Quek Yi Jun (kiri) merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), syarikat perunding teknologi maklumat RH Kingsmen, manakala Ong Hanjie, ialah pengarah di syarikat tersebut. - Foto ST

Dua eksekutif kanan sebuah firma didakwa bekerjasama untuk memperdaya Lembaga Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) supaya meluluskan pembayaran melebihi $98,000.

Pada masa kejadian, Ronald Quek Yi Jun ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), syarikat perunding teknologi maklumat RH Kingsmen, manakala Ong Hanjie merupakan pengarah syarikat tersebut.

Pada 24 Mac, pihak polis memaklumkan mereka kini tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Pada 25 Mac, Quek, 43 tahun, dan Ong, 44 tahun, didakwa atas beberapa tuduhan menipu, manakala Ong turut berdepan satu tuduhan memalsukan akaun.

Mereka masing-masing menghadapi dua tuduhan menipu berkaitan Iras, melibatkan skim Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI).

Skim itu bertujuan membantu majikan mewujudkan pekerjaan jangka panjang dengan menawarkan sehingga 50 peratus sokongan gaji bagi pekerja matang selama 18 bulan, berdasarkan caruman bulanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Menurut polis, RH Kingsmen didakwa membuat caruman CPF bagi empat individu antara Mac 2021 dengan Jun 2022, walaupun mereka tidak bekerja atau menerima gaji berdasarkan caruman CPF yang diwajibkan.

Iras kemudian menyalurkan lebih $78,000 kepada firma tersebut.

Seorang jurucakap polis berkata siasatan mendapati keempat-empat individu itu tidak menjalankan sebarang tugas untuk syarikat berkenaan.

Secara berasingan, Quek dan Ong juga masing-masing berdepan empat tuduhan menipu berkaitan SBF, melibatkan Program Pelatih SGUnited dan Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited.

Program itu menyediakan peluang penempatan sehingga enam bulan untuk individu pertengahan kerjaya memperoleh pengalaman industri, dengan organisasi menerima pembiayaan bagi elaun latihan.

Polis berkata mereka didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada SBF dengan mendakwa syarikat telah mengambil tiga individu dan membayar elaun latihan antara Julai dengan Oktober 2021.

Ong turut dituduh memalsukan slip gaji bagi menyokong tuntutan tersebut.

SBF didakwa menyalurkan lebih $20,000 kepada syarikat itu.

Kes ini ditangguhkan hingga 20 April.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg