Topik diikuti
Pergi ke BHkuPasukan bertindak antara agensi bagi semak kes tipu SkillsFuture
Premium
Pasukan bertindak antara agensi bagi semak kes tipu SkillsFuture
Pasukan bertindak antara agensi bagi semak kes tipu SkillsFuture

SISTEM KESAN LEBIH BERKESAN: Satu sistem mengesan penipuan menggunakan analitik data akan dilaksanakan menjelang suku ketiga tahun ini. - Foto fail. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 9, 2018 | 5:30 AM
AGENSI menggalak pembelajaran sepanjang hayat, SkillsFuture Singapore (SSG), telah membentuk sebuah pasukan bertindak antara agensi bagi menyemak kes-kes penipuan yang berlaku dan memberikan saranan bagi membaiki sistem mengesan penipuan, kata Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung.
Beliau juga meminta SSG mengukuhkan sistem mengesan penipuan menggunakan analitik data yang akan dilaksanakan menjelang suku ketiga tahun ini.
