Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Gan dilantik semula sebagai pengerusi lembaga MAS
DPM Gan dilantik semula sebagai pengerusi lembaga MAS
Pang Thye dilantik anggota lembaga MAS
DPM Gan dilantik semula sebagai pengerusi lembaga MAS
Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, telah dilantik semula sebagai pengerusi lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Menteri Perdagangan dan Perusahaan itu, yang dilantik ke jawatan lembaga tersebut pada Mei 2024 bagi menggantikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Encik Lawrence Wong, akan memegang jawatan tersebut buat tempoh tiga tahun lagi, dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2029.
MAS turut mengumumkan pelantikan Encik Ong Pang Thye sebagai anggota lembaga itu bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2029.
Beliau kini merupakan naib pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan menganggotai lembaga Temasek, Singapore Power (SP) dan MOH Holdings (MOHH). Encik Ong sebelum ini merupakan rakan pengurusan di KPMG Singapura.
Mengalu-alukan pelantikan Encik Ong itu, Encik Gan berkata pengalaman Encik Ong dalam bidang perakaunan dan perundingan merentasi pelbagai industri akan menjadi aset berharga kepada lembaga MAS bagi menghadapi dunia yang semakin rumit.
MAS turut mengumumkan pelantikan semula Encik Chia Der Jiun sebagai pengarah urusan lembaga itu, dan Encik Lucien Wong, Peguam Negara Singapura (AG), sebagai anggota lembaga. Encik Chia akan memegang jawatannya sehingga 31 Mei 2028, manakala Encik Lucien Wong akan memegang jawatannya sehingga 31 Mei 2029.
Encik Chaly Mah, pengerusi NetLink NBN Management, akan dilantik semula ke lembaga itu bagi penggal terakhir selama setahun sehingga 31 Mei 2027, selain terus memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Audit bagi tempoh yang sama, menurut MAS.
