Orang ramai kelihatan beratur untuk bas ulang-alik di pusat pertukaran bas Bukit Panjang pada 18 Mei.

Ini menyusuli kejadian di mana seorang lelaki maut selepas terjatuh di depan kereta api yang sedang bergerak di laluan LRT Bukit Panjang, sekali gus menjejas perkhidmatan antara stesen Senja dengan Bukit Panjang selama sekitar empat jam.

Pada 10.17 pagi, SMRT Corporation memaklumkan bahawa perkhidmatan kereta api antara stesen Senja dengan Petir telah disambung semula bagi kedua-dua arah dan perkhidmatan bas biasa percuma serta bas ulang-alik telah dihentikan.