Topic followed successfully
Go to BHkuBas disedia tampung Laluan Circle yang mula lebih lewat
Bas disedia tampung Laluan Circle yang mula lebih lewat
Bas disedia tampung Laluan Circle yang mula lebih lewat
Dua perkhidmatan bas ulang-alik berbayar akan memulakan operasi selama empat jam pada pagi Ahad dari 12 April hingga 17 Mei, menyusuli permulaan perkhidmatan tren Laluan Circle (CCL) dijadual lebih lewat.
Bas ulang-alik 36 dan 37 akan beroperasi dari 5 pagi hingga 9 pagi pada Ahad tersebut, bertepatan dengan masa CCL mula dibuka iaitu pada 9 pagi, umum SMRT pada 7 April.
Bas 36 akan menghubungkan stesen MRT HarbourFront dan Bishan, beroperasi setiap tujuh hingga 10 minit.
Sementara itu, Bas 37 pula berulang-alik antara stesen Bishan dengan Promenade – selang masa lebih singkat, iaitu antara tiga dengan lima minit.
Struktur tambang bagi perkhidmatan bas ulang-alik itu akan selaras dengan tambang perjalanan tren, jelas SMRT, pengendali CCL.
“Penumpang dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan memperuntuk masa perjalanan tambahan apabila memilih khidmat bas ulang-alik ini,” tambah penyedia pengangkutan itu.
CCL akan mula dibuka lebih lewat pada beberapa hari Ahad tertentu bagi memberi laluan kepada kerja ujian sebelum pembukaan peringkat keenam dan terakhir laluan MRT itu.
Peringkat akhir ini, yang akan melengkapkan gelung antara stesen HarbourFront dengan Marina Bay, dijangka dibuka pada pertengahan 2026.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, sebelum ini mengumumkan pada Mac, perkhidmatan tren CCL akan bermula sehingga tiga jam lebih lewat pada Ahad dari 11 April hingga 17 Mei, bagi memudahkan kerja tersebut.
Menurut laman web SMRT, tren pertama kini berlepas dari stesen Dhoby Ghaut pada 6.05 pagi, manakala tren pertama dari stesen HarbourFront pula berlepas pada 5.51 pagi, pada setiap Ahad.

