SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Baru diikat jamin, lelaki ulangi perbuatan vandalisme sehari kemudian

Baru diikat jamin, lelaki ulangi perbuatan vandalisme sehari kemudian

Apr 6, 2026 | 5:32 PM

Baru diikat jamin, lelaki ulangi perbuatan vandalisme sehari kemudian

mahkamah, vandalisme, ikat jamin
Chia Chee Khiang, diperintahkan ditahan reman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemeriksaan perubatan. - Foto ST

Seorang lelaki yang baru dibebaskan dengan ikat jamin atas beberapa kesalahan termasuk melakukan kerosakan, kini dituduh mengulangi perbuatannya keesokan hari, kali ini dengan dakwaan merosakkan sebuah kereta polis.

Chia Chee Khiang, 53 tahun, menghadapi satu tuduhan merosak harta benda awam pada 6 April.

Dia juga diperintahkan ditahan reman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi untuk pemeriksaan perubatan.

Pada 1 April, dia dijatuhi hukuman penjara 12 minggu setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan khianat dan satu tuduhan menyalahgunakan barang kepunyaan orang lain yang bernilai lebih $900.

Menurut dokumen mahkamah, Chia berada di gelanggang badminton di Jalan Membina, berhampiran Jalan Bukit Merah, pada 28 Mei 2025, apabila dia menyelewengkan barangan termasuk iPad, bank kuasa dan beg.

Pada kira-kira 11.30 pagi, 5 Februari 2026, dia merosakkan sebuah komputer riba bernilai $1,000 di sebuah kedai di Jalan Membina dengan menumbuk dan menendangnya.

Pada hari yang sama sekitar 5.30 petang, dia menggunakan tukul untuk memecahkan sebuah kotak pameran bernilai $1,200 hingga kaca bertaburan.

Chia mengaku bersalah atas kesalahan itu dan dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 selepas dia dijatuhkan hukuman pada 1 April.

Namun, pada atau sekitar 2 April, dia didakwa mencalarkan sebuah kereta polis yang diletak berhampiran Blok 83, Redhill Lane.

Polis berkata mereka dimaklumkan sekitar 7.40 malam dan menahan Chia dua hari kemudian.

Siasatan awal mendapati dia menggunakan kunci untuk mencalarkan pintu kenderaan tersebut.

Kesnya akan didengar semula pada 20 April.

Bagi kesalahan vandalisme, pesalah boleh didenda hingga $2,000, dipenjara hingga tiga tahun dan disebat tiga hingga lapan kali, namun Chia tidak boleh disebat kerana berusia lebih 50 tahun.

Ini kes kedua baru-baru ini melibatkan vandalisme terhadap kereta polis.

Awal sebelum ini, Davin Lian Ke Xiang, 28 tahun, didakwa atas vandalisme kerana membaling telur ke arah sebuah kereta polis di Punggol pada 21 Mac.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg