Topik diikuti
Pergi ke BHkuSemangat waja warga walau dianiaya junta
'Nur', antara ribuan rakyat Myanmar, cekal berdepan tentangan rejim tentera demi mendukung demokrasi
Aug 2, 2022 | 5:30 AM
Semangat waja warga walau dianiaya junta
"AKU menangis sejak lebih setahun lamanya," luah seorang rakan dari Myanmar dalam perbualan di WhatsApp tatkala berita tentang pelaksanaan hukuman mati ke atas empat warga senegaranya mula heboh dilaporkan di media seluruh dunia minggu lalu. (26 Julai)
Demi membantu menyembunyikan identiti beliau agar tidak dikesan pihak junta, Berita Harian menamakannya sebagai 'Nur' sahaja.

