Ku melihat ke langit sejauh pandangan

tertanya pada diri penuh kemusykilan

selepas kematian

di mana diri ditempatkan

Syurga Neraka akhir pilihan

tidak pasti tempat keberadaan

di angkasa lepas luas terbentang

atau dalam bumi jasad ditanam

atau di antara bintang-bintang

tapi semua akan alami kehancuran

hanya langit kekal dari kemusnahan

tidak semua tempat itu memberi jawapan

Syurga Neraka bermain dalam fikiran

di bahagian mana diri akan dikumpulkan

segala itu diluar jangkauan

hanya Allah dapat tentukan

kuatkanlah keyakinan

tentang kehadiran kuasa Tuhan

AMAN SAMAT

Laporan berkaitan
Penulis WatanMay 22, 2023 | 11:20 AM
Rintihan Si AnakJan 23, 2022 | 10:40 AM