SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Keizinan

Keizinan

Jun 25, 2023 | 5:30 AM

Keizinan

MENIKMATI ALAM: Menyaksikan alam di negara luar menerusi kacamata sains (gambar hiasan).
MENIKMATI ALAM: Menyaksikan alam di negara luar menerusi kacamata sains (gambar hiasan). - The Straits Times

Daun-daun di pohon rimbun

sekalipun tidak lagi segar bugar

tidak akan gugur

tanpa keizinan-Nya.

Tanah bukit

sekalipun tidak lagi berdiri tegak

tidak akan runtuh

tanpa keizinan-Nya.

Langit yang cerah megah

di tengah mentari gagah

yang menghantar sinar yang memijar

tidak akan dapat disembunyikan

meskipun tak upaya melenyapkannya terus

tanpa keizinan-Nya.

Bunga-bunga di taman

sekalipun tidak lagi penuh berseri

memperlihatkan sinar harum benar

mengelus hati

tidak akan layu, selayu-layunya

tanpa keizinan-Nya.

Lihatlah di sekeliling

dan pada diri sendiri

sekalipun terasa di puncak kegemilangan

tidak akan tergeliat

tanpa keizinan-Nya.

Keizinan-Nya

adalah ketentuan yang maha berkuasa

yang sesekali tak boleh dipertikaikan

jauh sekali diragukan

dan dikelirukan.

Peter Augustine Goh

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg