SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aksara Asmara

Aksara Asmara

Jul 9, 2023 | 5:30 AM

Aksara Asmara

PUTARAN ALAM: Guruh dan petir antara permainan alam yang menentukan cuaca, menjejas kehidupan (Gambar hiasan)
PUTARAN ALAM: Guruh dan petir antara permainan alam yang menentukan cuaca, menjejas kehidupan (Gambar hiasan) - Paul Lee

Aku memancing lautan fana

Bermatakailkan tanda tanya

Air berkocakan di ufuk sana

Kusentak... elipis hanya

Aku menjolok gugus kejora

Bergalahkan tanda koma

Bimasakti berpusar gelora

Kutarik... noktah cuma

Kemudian kususun tanda pagar

Buat mengurung memori sedetik

Namun tertangkap hanya sekadar

Asterisk di dalam tanda petik

Aku menusuk awan Masa

Bertombakkan tanda seru

Dihujani ribut usia dewasa

Kukuyup... waktu menderu

Mohamed Naguib Ngadnan

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg