BEBERAPA perkhidmatan bas akan dilencongkan mulai 6 petang hingga tamat operasi bas pada petang Sabtu ini berikutan penutupan jalan sempena acara sambutan Tahun Baru, kata pengendali pengangkutan SBS Transit, Tower Transit dan Go-Ahead.
Sebanyak 16 perkhidmatan bas SBS Transit tidak akan berhenti di perhentian bas di sepanjang Bayfront Avenue dan Beach Road serta di sekitar Daerah Sivik mulai 6 petang...





