PEMERINTAH akan menawarkan pajakan ruang laut di Perairan Selatan dan Selat Johor Timur kepada semua ladang untuk memberi penternak kepastian mengenai tempoh pemegangan ruang laut dan mempermudahkan perancangan dan pelaburan jangka panjang. Ladang sedia ada akan dipindahkan kepada aturan itu dengan pengenalan lesen pendudukan sementara (TOL) mulai 1 Januari tahun depan, kata Menteri Negara (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.





