Usaha Mayor di Singapura memperkukuh masyarakat dan membina Singapura yang lebih prihatin dan bersatu padu merupakan usaha yang harus dikekalkan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Bercakap di Parlimen pada 10 September, Encik Wong berkata beliau enggan “mengorbankan” sumbangan yang diberikan oleh para Mayor itu kerana ia berharga kepada masyarakat dan Singapura.





