KYIV: Utusan Amerika Syarikat membawa beberapa cadangan baharu yang disifatkan Ukraine sebagai “lebih berkesan” dalam usaha menamatkan perang dengan Russia, selepas mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin di Moscow.
Encik Steve Witkoff dan Encik Jared Kushner bertemu Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, di Kyiv pada 6 September, dalam usaha terbaru pemerintahan Presiden Donald Trump menghidupkan semula rundingan bagi menamatkan konflik...





