Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-72 dilihat menjadi perhimpunan terpenting parti itu dalam memperkukuh persediaan memburu kemenangan besar dalam pilihan raya, khususnya merealisasikan sasaran untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.
Kerjasama politik dengan parti lain, khususnya Umno/Barisan Nasional (BN), atas nama penyatuan ummah pula menjadi antara intipati penting yang mencorakkan muktamar kali ini.





