Sedikit demi sedikit, ‘bisa’ 14 peserta Anugerah 2026, anjuran Mediacorp Suria, semakin terasa apabila masing-masing mula menunjukkan peningkatan dan kekuatan tersendiri.
Bertema, Y2K, pusingan kedua yang berlangsung pada 1 September, mencabar setiap peserta memberi sentuhan segar kepada lagu terkenal era 2000-an dalam usaha memikat juri tetap, Najip Ali dan Sezairi Sezali, serta Ann Hussein, yang tampil sebagai juri undangan.





