Penguasa Tanah Singapura (SLA) berkata tanah milik negara yang disewakan di 50 Punggol East Road perlu dikosongkan dan dikembalikan menjelang 31 Disember 2026.
Menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan Berita Harian (BH), SLA berkata tapak tersebut diperlukan bagi pembangunan semula kediaman pada masa depan.





