NUWAKOT (Nepal): Seminggu selepas banjir besar melanda kawasan Himalaya, sebahagian keluarga di Nepal mula mengadakan upacara pengebumian secara simbolik bagi anggota keluarga yang masih hilang, dengan harapan roh mereka dapat “dibebaskan” dan bersemadi dengan tenang.
Keputusan memilukan itu dibuat selepas berhari-hari mencari di pusat perlindungan dan rumah mayat tanpa menemui orang tersayang, sedang pasukan penyelamat masih berusaha mengesan ribuan mangsa.





