Membesar dalam keluarga berbilang kaum membuat Cik Auni Tan Zaki Tan Abdullah, sedar sejak kecil bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk identitinya.
Bapanya berketurunan Cina, lantas beliau sentiasa berbicara dalam bahasa Inggeris dengan bapanya, manakala ibunya berbangsa Melayu, yang membuatnya fasih dalam bahasa kebangsaan Singapura.





