Berikut beberapa program percuma dan berbayar yang dapat memupuk minat membaca serta memperkaya penghayatan bahasa dan warisan Melayu dalam kalangan si kecil sepanjang cuti sekolah ini.
‘The Great Book Adventure!’ Seorang Peneroka Buku memerlukan bantuan anda! Buku-buku telah kehilangan cerita mereka, dan hanya anda yang mampu mengembalikannya. Jejaki petunjuk tersembunyi dan temui semula keajaiban membaca dalam pengembaraan interaktif ini.





