ASTANA (Kazakhstan): Singapura ingin memanfaatkan semangat muhibah yang dinikmatinya di Kazakhstan dan mempererat hubungan dalam pelbagai bidang, daripada perniagaan hingga kepada ketersambungan, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, ketika mengakhiri lawatan pertamanya ke negara Asia Tengah itu.
Encik Lee berkata pada 27 Ogos bahawa hubungan Singapura dengan Kazakhstan adalah “hubungan yang amat wajar dipupuk”, dengan syarikat Singapura menunjukkan minat...





