TEHRAN: Iran dilaporkan bersetuju menyediakan senarai syarat bagi membuka semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada perkapalan antarabangsa, selepas Qatar meningkatkan usaha diplomatik untuk memulihkan kebebasan pelayaran di laluan strategik itu.
Perkembangan itu memberi sedikit harapan kepada usaha mengembalikan aliran perkapalan kepada keadaan sebelum perang, meskipun Amerika Syarikat dan Iran masih belum kembali ke meja rundingan secara langsung.





