Kami bekerjasama demi harapan yang sama Aku umpama pintu kepada dunia nyata Memancarkan seribu bahasa Saksi utama dalam semua hal Apabila lelah, aku menutup diriku Apabila terdiam, aku penutur utama semua bahasa Aku selalu dipandang remeh Apabila aku tiada, harapan bersama hancur
Kami bekerjasama demi harapan yang sama Aku umpama pekerja yang terpenting Tanpa aku, maka tamatlah segala harapan bersama...





