Pemimpin masyarakat Melayu/Islam mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam menyediakan sokongan holistik untuk keluarga, khususnya perubahan dasar penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Beberapa pemimpin badan Melayu/Islam (MMO) menyifatkan subsidi prasekolah, penjagaan bayi, dan cuti penjagaan anak adalah bukti kesungguhan pemerintah dalam menjamin kemampanan penduduk Singapura.





