Bekalan air ke 17 kediaman di sebuah kawasan perumahan privet di Bukit Timah terganggu buat sementara waktu selepas satu kebocoran paip pada 22 Ogos, kata agensi air negara, PUB.
Agensi air itu dimaklumkan mengenai kebocoran tersebut di King’s Road pada kira-kira 5 pagi pada 22 Ogos, kata seorang jurucakap pada 23 Ogos.





