Ahli Lembaga Yayasan Olimpik Singapura, Goh Kee Nguan, telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen atau chef de mission Singapura bagi Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya, Jepun, umum Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada 19 Ogos.
Beliau akan disokong oleh penolong chef de mission: bekas pemain bola sepak nasional dan atlet olimpik, Aleksandar Duric, serta bekas pemain bola lantai nasional dan juara...





