KABUL: Lebih 50 orang dilaporkan cedera, kebanyakannya kanak-kanak, selepas sebutir bom tangan meletup berhampiran sebuah sekolah swasta di barat Kabul, Afghanistan, pada 17 Ogos.
Letupan berlaku sekitar 4.30 petang waktu tempatan ketika pelajar Sekolah Swasta Shama-e-Hidayat, di kawasan Dasht-e-Barchi, sedang meninggalkan sekolah selepas tamat kelas.





