‘Pempengaruh agama’ yang melakukan kesalahan seksual terhadap dua beradik lelaki tidak mengendalikan kelas agama rasmi yang dianjurkan atau diluluskan oleh pihak masjid.
Individu terbabit juga bukan kakitangan atau sukarelawan masjid, dan bukan asatizah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).





