BATU PAHAT: Batu Pahat akan terus diperkasa sebagai antara pusat sektor pembuatan Johor menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), dengan tumpuan menarik pelaburan baharu dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Encik Sahrihan Jani, berkata JETP dirangka bagi memastikan setiap daerah mempunyai hala tuju ekonomi tersendiri...





