Ketika Encik Mohd NurHafidz Abu Bakar menggigit chicken tenders yang dibeli keluarganya untuk sambutan Hari Raya semasa beliau berada di sebalik tirai besi di Penjara Kluang, Johor Bahru, air matanya tiba-tiba mengalir.
Bukan sahaja kerana menurutnya, makanan paling enak yang pernah dinikmati sepanjang berada di penjara, malah gigitan itu turut membangkitkan rasa kesal, terharu dan harapan untuk membina kehidupan baru.





