KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari, menjelaskan kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Encik Ramkarpal Singh, berkata ia penting sama ada pendirian seumpama itu sudah dibangkit dan diputuskan dalam...





